VISI

Menjadikan PSS sebagai pusat sumber bermaklumat dan berorientasikan kepuasan pelanggan.

MISI

Menyediakan kemudahan rujukan bahan dan sumber ICT dengan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam proses penerapan ilmu.


PIAGAM

Kami berjanji…

Menyediakan sumber rujukan yang lengkap dan terkini

Memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra

Menyediakan iklim pembelajaran yang selesa


MOTTO

Pusat Sumber Kondusif Informasi Berkualiti

MATLAMAT

Meningkatkan profesion perguruan dan mutu pendidikan.

Menyediakan segala kemudahan, perkhidmatan dan sumber P&P guru dengan pendekatan teknologi pendidikan.

Membentuk golongan pelajar yang sempurna dengan sifat dedikasi, berdikari, berdisiplin, berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.

Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar.

OBJEKTIF

Menguruskan Maklumat
PSS sebagai tempat mengumpul serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat inilah, guru-guru dan para pelajar dapat memperkaya pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kecemerlangan Pendidik
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta potensi individu serta sahsiah.

Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Pemupukan Minat Belajar
Memupuk minat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara saintifik.

Penghasilan Bahan
Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggandakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar.

Kemahiran Maklumat
Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

FUNGSI

Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum

Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas

Menjadikan pusat perhubungan antara sekolah dengan agen pekhidmatan maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

Menggalakkan dan mempromosi aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

Menyediakan alatan pendua dan rakaman serta perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.


******************************************
Pautan ke Laman Utama Sekolah
http://smktinggibukitmertajam.blogspot.com/

******************************************